Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Azrai, Zul dan Faiz, disusun mengikut jangka masa
di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.Azrai orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"Azrai berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Zul pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Zul berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,Faiz pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Faiz selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Faiz
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Faiz tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Faiz sudah
sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Faiz
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"Faiz dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

*cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal ataupun yang berada di kelas 1A1*

1 comments:

Fakhri Fadzli said...

aku rase syapiq ngejah ni..tapi nasib baik buka aku..

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Objektif Penubuhan Blog

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam, selawat dan salam kehadrat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Objektif utama penubuhan blog Muttaqun Crewz ialah untuk merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar Kelas Kluster Al-Muttaqun khasnya.Diharapkan para pembaca dapat mengambil sebarang ilmu yang bermanfaat daripada artikel-artikel dalam blog ini

Di samping itu diucapkan jutaan terima kasih kepada Fakhri dan Syafiq yang telah berusaha keras memerah idea dan menggunakan kepakaran masing-masing dalam membina blog ini. Tanpa bantuan daripada kalian berdua tidak mungkin impian untuk membina blog ini berhasil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan pengarang yang sudi memberikan komitmen dalam membina blog ini. Sebarang idea atau cadangan bolehlah di hantar kepada fakhrishams@gmail.com atau syafiqshams@gmail.com :-

Wassalam.


Copyright 2010 Muttaqun Crewz™
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger