Jadi untuk kali ini,ana ingin berkongsi beberape fakta yang menarik tentang dunia ni..... :-

*Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.

*Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.

*Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

*Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

*Bendera Union Flag hanya dikenali di Britain sahaja. Tetapi nama itu berubah menjadi Union Jack di kalangan negara Komanwel selepas ia dibawa keluar dari negara itu. 

*Sudan di Afrika dikelilingi lapan negara iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Zaire, Uganda, Kenya dan Ethopia.

*Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi.

*Terdapat lebih 50,000 gempa bumi di seluruh dunia setiap tahun.

*Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

*Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

*Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

*Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

*Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan.

*Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

*Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat di pergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki.

*Litar motosikal di Piccola Madonie di Sicily, Italy mempunyai 9,350 selekoh bagi pelumbanya.

*Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang- kurangnya 10 sel berlainan untuk berbagai-bagai fungsi.

*Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

*Berat otak manusia hanya dua peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksijen yang disedut semasa berehar atau tidur.

*Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima .

*Kilat boleh mencampurkan nitrogen dan oksijen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun.

*Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367 - 1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya.

*Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

*Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama.

*Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

*Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.

*Mustahil anda boleh membuka mata ketika bersin.

*Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang

*Darah manusia mengalir sejauh 96,540 km setiap hari.

*Nama paling panjang di dunia ialah 'Adolp Blaine Charles David Earl Frederick Gerald Hubert Irvin John Kenneth Lloyd Martin Nero oliver Paul Quincy Randolph Shermasn Thomas Uncas Victor William Xerxes Yancy Zeus Wolfeschlegelsteinh ausenbergerdorft Senior'.

DAH ABIS DA........kalau nak lagi, tanyelah PROF. AIMAN ZAKWAN ( BUKAN PROF. MAMAT YE ! )........sah die tau.....!

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Objektif Penubuhan Blog

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam, selawat dan salam kehadrat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Objektif utama penubuhan blog Muttaqun Crewz ialah untuk merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar Kelas Kluster Al-Muttaqun khasnya.Diharapkan para pembaca dapat mengambil sebarang ilmu yang bermanfaat daripada artikel-artikel dalam blog ini

Di samping itu diucapkan jutaan terima kasih kepada Fakhri dan Syafiq yang telah berusaha keras memerah idea dan menggunakan kepakaran masing-masing dalam membina blog ini. Tanpa bantuan daripada kalian berdua tidak mungkin impian untuk membina blog ini berhasil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan pengarang yang sudi memberikan komitmen dalam membina blog ini. Sebarang idea atau cadangan bolehlah di hantar kepada fakhrishams@gmail.com atau syafiqshams@gmail.com :-

Wassalam.


Copyright 2010 Muttaqun Crewz™
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger