Dalam beberapa riwayat diceritakan bahawa sebaik sehaja Iblis Laknatullah diciptakan,ia terus ketawa
sebagai melahirkan rasa syukur dan gembiranya.Berbeza dengan manusia, sebaik sahaja ia dilahirkan ke muka bumi, suara yang keluar dari kedua-dua bibirnya adalah suara tangisan. Oleh itu menurut sebahagian Ulama salaf menyebutkan bahawa asal-usul ketawa adalah bermula dari perangai Iblis sebaik sahaja ia dilahirkan.

             Termasuk salah satu perangai Iblis adalah 'ketawa' apabila ia berjaya menipu keturunan anak adam.
Diriwayatkan juga bahawa Atha' bin Khalid berkata: "Saya mendengar kisah bahawa tatkala Allah Ta'ala berfirman(maksudnya): "Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Allah dan mereka tidak akan terus menerus di dalamnya, sedang mereka sama mengetahui." Maka berteriaklah Iblis terkutuk kepada bala tenteranya, sehingga debu-debu berterbangan di kepalanya, seraya dia berteriak dengan kata-kata 'celaka'. Maka datanglah bala tenteranya dari segala penjuru, baik dari darat mahupun laut seraya bertanya, 'Mengapa tuan kami?'' Iblis menjawab:'' Ada sebuah ayat di dalam al-quran yang dosa tidak akan membahayakan Anak Adam selepas itu.'' Mereka bertanya,"Apakah ayat itu?'' Iblis lalu menceritakan kepada bala tenteranya dan mereka terus berkata,''Kita buka untuk mereka pintu-pintu hawa nafsu, agar mereka tidak mahu meminta ampun, kerana mereka mengira bahawa mereka berada di jalan yang benar.'' Mendengar hujah itu, llu iblis menjadi puas dan ketawa.

Kesimpulannya ialah:
  1. Kita haruslah melazimi diri kita dengan amalan-amalan sunat seperti berzikir, membaca al-quran kerana ia merupakan senjata kita bagi menghadapi ganggan syaitan.
  2. Ketawa ialah sifat Iblis, jadi kurangkanlah ketawa dan lebihkan menangis.
  3. Kita haruslah sentiasa berwaspada terhadap hasutan Iblis yang sentiasa mahu merosakkan anak Adam
  4. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah setiap masa.  
         

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Objektif Penubuhan Blog

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam, selawat dan salam kehadrat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Objektif utama penubuhan blog Muttaqun Crewz ialah untuk merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar Kelas Kluster Al-Muttaqun khasnya.Diharapkan para pembaca dapat mengambil sebarang ilmu yang bermanfaat daripada artikel-artikel dalam blog ini

Di samping itu diucapkan jutaan terima kasih kepada Fakhri dan Syafiq yang telah berusaha keras memerah idea dan menggunakan kepakaran masing-masing dalam membina blog ini. Tanpa bantuan daripada kalian berdua tidak mungkin impian untuk membina blog ini berhasil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan pengarang yang sudi memberikan komitmen dalam membina blog ini. Sebarang idea atau cadangan bolehlah di hantar kepada fakhrishams@gmail.com atau syafiqshams@gmail.com :-

Wassalam.


Copyright 2010 Muttaqun Crewz™
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger