Jakarta: Kecoh diperdebatkan selepas Majlis ulama Indonesia mengeluarkan fatwa bagi mengharamkan laman social Facebook. Ulama berpendapat laman social itu membuka pintu perlakuan ke arah perbuatan yang tiak senonoh, gambar lucah, penzinaan dan seks sebelum bernikah. Menurut seorang ulama, Abdul Muid Sohib, Facebook seperti magnet yang menarik orang ramai untuk menyertainya. Kebanyakan yang melayari laman social itu adalah untuk berbual namaun Islam melarang hubungan bebas antara lelaki dan perempuan bukan sahaja melalui pertemuan bersemuka tetapi juga di internet seperti facebook kerana ia boleh mendorong perbuatan yang tidak bermoral. Malah ada juga yang menggunakan Facebook untuk menawarkan khidmat pelacuran.
                                                                                         
Ulasan Ana:-
Ø  Pada pendapat ana,facebook memang patut diharamkan, tetapi tidak semua orang yang menggunakan Facebook untuk melakukan kerja-kerja yang x senonoh.
Ø  Seperti ana, ana menggunakan facebook hanya untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan.
Ø  Namun yang paling penting sekali ialah NIAT kite, dan pengguna facebook harus bijak menapis perkara-perkara yang tidak elok.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Objektif Penubuhan Blog

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam, selawat dan salam kehadrat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Objektif utama penubuhan blog Muttaqun Crewz ialah untuk merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar Kelas Kluster Al-Muttaqun khasnya.Diharapkan para pembaca dapat mengambil sebarang ilmu yang bermanfaat daripada artikel-artikel dalam blog ini

Di samping itu diucapkan jutaan terima kasih kepada Fakhri dan Syafiq yang telah berusaha keras memerah idea dan menggunakan kepakaran masing-masing dalam membina blog ini. Tanpa bantuan daripada kalian berdua tidak mungkin impian untuk membina blog ini berhasil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan pengarang yang sudi memberikan komitmen dalam membina blog ini. Sebarang idea atau cadangan bolehlah di hantar kepada fakhrishams@gmail.com atau syafiqshams@gmail.com :-

Wassalam.


Copyright 2010 Muttaqun Crewz™
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger