Oleh:Doktor Sheikh Yusof Qardawi

Persoalan Palestin,Al Quds dan yahudi sudah lama diperkatakan.Namun masih ada yang belum memahami makna sebenar peperangan yang berlaku sehingga ke hari ini.Ada orang yang bertanya adakah kita melawan yahudi dan Israel kerana agama mereka?Ataupun disebabkan bangsa mereka?


Pertamanya kita harus melihat sejarah bagaimana orang yahudi dihalau di seluruh dunia.Mereka tidak ada tempat untuk diduduki.Tidak ada sebuah Negara yang selamat untuk yahudi.Namun mereka selamat apabila berada dibawah naungan Islam.Pemerintah Islamlah sejak zaman berzaman sehingga ke zaman Turki Othmaniah yang menelamatkan orang-orang yahudi yang dihalau di seluruh dunia.
Mereka dijamin selamat oleh Allah,Rasulullah dan jemaah Islam apabila bernaung di Negara islam.Sejarah membuktikan keamanan mereka di Negara Negara ini.Mereka mempunyai kebebasan untuk mencari kekayaan,berurusan dengan kerajaan dan beribadah.Di Mesir,Orang yahudi terlibat dengan perusaharaan dan perniagaan.Mereka boleh maju di Negara umat Islam tanpa sekatan.Berbeza keadannya apabila mereka hidup di Negara bukan Islam yang mengahalau mereka sehingga tiada tempat untuk diduduki.
Lalu apabila yang berlaku kepada mereka sehingga tercetus pepeangan dengan umat islam?Apa yang berlaku ialah Yahudi mahu merampas bumi umat Islam dan menjadikan petempatan orang Yahudi.Pada asalnya mereka bercadang untuk membuka petempatan atau Negara bagi orang-orang yahudi dikawasan yang tidak menimbulkan konflik seperti di Uganda,Afrika dan Selatan Amerika.Manakala Palestin pula merupakan bumi umat Islam yang sudah didiami umat Islam.Sudah tentu umat islam akan mempertahankan Negara mereka.
Namun dalam kongres Yahudi 100 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1897,mereka memutuskan untuk mendirikan Negara Israel untuk orang yahudi di Palestin.Di penghujung kongres tersebut mereka memgumumkan deklarsi meraka bahwa pada pada hri kongres tersebut sebuah Negara yahudi akan ditubuhkan 50 tahun lagi hasil perencanaan,perancangan dan persiapan mereka.Pada tahun 1948 terbukti benar mereka menguasai Negara umat Islam Palestin.Oleh itu peperangan kita dengan yahudi buka disebakan agama mereka.Jika begitu kita juga perlu memerangi orang nasrani dan penyembah berhala kerana berlainan agama dengan kita.tetapi ini tidak berlaku.Sebaliknya kita memerangi mereka kerana mereka menjajah Negara kita.Mereka telah membunuh ramai nyawa,merosakkan Negara,membuat kehancuran dan memerangi kita dalam Negara kita sendiri.Oleh sebab itu,menjadi kewajipan kepada kita mengangkat senjata bagi mempertahankan diri dan Negara daripada dijajah.
Namun apa yang berlaku hari ini ialah mereka menjajah Negara kita.Mereka merampas hak-hak kita di Negara kita sendiri.Hari demi hari satu persatu kawasan dan Bandar di Palestin jatuh ke tangan mereka.Haifa,Yafa,Akkad an lain-lain kota telah ditawan.Kita hanya iringi dengan tangisan.SEBENARNYA YAHUDI TIDAK ADA HAK SAMA SEKALI KE ATAS BUMI AL AQSA.
Ketika Umar Al Khattab mebuka Kota Al Quds dahulu,satu perjanjian telah dibuat dengan komandan tentera Rom yang menguasai Al Quds sebelum itu,iaitu Shafarunius.Di dalam perjanjian itu mereka mensyaratkan agar tiada seorang Yahudi pun yang dibenarkan untuk tinggal di sana.Syarat itu dikemukakan kepada Saidina Umar Al-Khattab dan kaum muslimin supaya tidak membenarkan Yahudi tinggal bersama mereka di Baitul Muqaddis.
Maka selama beberapa abad Yahudi tidak tinggal di Al Quds.Namun kemudiannya mereka cuba menyusup.Mereka menyiapkan segala perencanaan mereka.Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khalifah Othmaniah,baginda melarang mana-mana orang yahudi yang tidak mempunyai kewarganegaraan Othmaniah untuk menetap di Al Quds melebihi 30 hari.Mereka hanya dibenarkan melawat dan melakukan ibadah.Namun untk tinggal disana tidak dibenarkan sama sekali.Jika mereka berkeras,mereka akan dihalau secara paksa.Ini kerana mereka mengetahui orang yahudi mempunyai niat yang jahat keatas bumi Palestin.
Oleh itu pertikaian dan peperangan kita dengan Yahudi disebakan hari ini mereka menjajah dan memusuhi kita.Kita wajib membalas di atas tindakan mereka.Kita tidak boleh menyerahkan Negara Palestin ini sewenang-wenangnya kepada mereka walau satu inci sekali pun.Namun peperangan ini kita boleh mengadakan gencatan senjata dengan mereka atas kepentingan tertentu seperti yang silakukan oleh Rasulullah dengan Kafir Quraish dan Salehuddin Al Ayubi dengan tentera Salib.Namun untuk memperakui bahawa tanah suci Palestin itu hak sama mereka tidak sama sekali.
Seterusnya Negara yang dijajah iaitu Palestin,didalamnya terdapat Masjidil Aqsa.Masjid ketiga mulia dalam Islam.Hari ini Masjidil Aqsa ini direncanakan untuk dirobohkan oleh orang yahudi.Mereka menggali terowong-terowong di bawah Masjid ini,dengan harapan masjid ini akan runtuh dengan sendiri.Maka menjadi kewajipan bukan sekadar umat Islam Palestin,tetapi seluruh umat islam harus mepertahankan masjid ini.Umat Islam perlu bersatu dan bangkit melakukan pernentangan terhadap kerja-kerja kotor Yahud ini.

Mengapa kita dikalahkan Yahudi?

Persoalan yang timbul hari ini ialah megapakah kita dikalahkan Yahudi?Adakah jumlah mereka lebih ramai dari Umat Islam?Jawapannya tidak.Jumlah Umat Islam berkali ganda lebih ramai berbanding Yahudi.Namun bak kata Nabi Muhamma SAW bahawa umat baginda memang ramai di akhir zaman.Namun mereka diibaratkan sebagai buih-buih di lautan yang tidak mempunyai kekuatan.
Yahudi mempunyai perancangan yang lama untuk bangsa mereka.Meraka merancang untuk membangun dari satu tahap ke satu tahap.Mereka mempunyai perancang-perancang yang merancang masa depan mereka secara terperinci.Lalu belakulah perubahan dalam hidup mereka seperti yang di rancang.Sebaliknya kita bagamana?Kita hanya melalui perubahan secara spontan bkan secara terancang.Yahudi juga mempunyai permainan politik yang licik.Mereka boleh berdamai buat sementara dengan Arab tetapi fundamental mereka untuk mendirikan Israel Raya dari Sungai Furat ke Sungai nil tidak akan dilupakan.
Selain itu untuk mencapai cita-cita mereka,mereka bersatu padu melakukannya.Sebaliknya umat Islam berpecah belah.Jumlah bangsa Arab sudah seramai 250 juta orang.Namun tidak mampu melakukan apa-apa.Keliling Palestin itu semuanya Negara Islam,namun tidak mampu memberikan bantuan.Ramai di kalangan yang berpecah belah,bercerai berai dan bergaduh semasa sendiri.Perang Teluk yang dirancang barat telah menyebabkan Negara-negara Umat Islam saling bermusuhan sampai kehari ini.Walaupun Yahudi sedikit,tetapi mereka berpengetahuan luas dan kesatuan yang kuat di antara mereka.
Walaupun Yahudi terkenal dengan bangsanya yang kedekut,namun apabila diisytiharkan hendak menubhkan nagar mereka di Palestin,dalam masa satu jam sahaja jumlah sumbangan sudah berjuta-juta.Mereka sanggup korbankan wang dan nyawa mereka untuk perjuangan mereka.Namun berapa ramai hartawan Islam yang kedekut dan tidak mengeluarkan sumbangan untuk pembebasan Palestin.
Yahudi meniupkan semangat peperangan atas dasar agama mereka.Mereka membawa Kitab Taurat semasa peperangan.Namun kita sebahagiannya berperang bukan atas dasar agama.Ramai yang berjuang atas dasar bangsa semata-mata.Semangat spiritual atas dasar inilah yang menyebabkan mereka berani berkorban .Ketika peperangan yang berlaku pada tahun 1967,umat Islam dikalahkan oleh pasukan Yahudi yang hanya diketuai oleh seorang wanita.Oleh itu bagi mencapai kemenangan dalam Islam,maka kita harus berpegang kepada sunnah nabi dan Al Quran sebagai panduan kita.Kita mesti berjuang atas dasar agama dan hendak mempertahankan kesucian itu islam sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Objektif Penubuhan Blog

Bismillahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam, selawat dan salam kehadrat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Objektif utama penubuhan blog Muttaqun Crewz ialah untuk merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar Kelas Kluster Al-Muttaqun khasnya.Diharapkan para pembaca dapat mengambil sebarang ilmu yang bermanfaat daripada artikel-artikel dalam blog ini

Di samping itu diucapkan jutaan terima kasih kepada Fakhri dan Syafiq yang telah berusaha keras memerah idea dan menggunakan kepakaran masing-masing dalam membina blog ini. Tanpa bantuan daripada kalian berdua tidak mungkin impian untuk membina blog ini berhasil. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan pengarang yang sudi memberikan komitmen dalam membina blog ini. Sebarang idea atau cadangan bolehlah di hantar kepada fakhrishams@gmail.com atau syafiqshams@gmail.com :-

Wassalam.


Copyright 2010 Muttaqun Crewz™
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger